Saturday, May 22, 2010

MOBS & Luvable Kids Store : FUNNIEST KIDS PHOTO Contest

FUNNIEST KIDS PHOTO Contest

 
FUNNIEST KIDS PHOTO CONTEST
BY
http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com
Sponsored by:



Dan gambar yg di pertaruh kan Ialah:

Cute & Funniest + Naughty + ACtive baby
D sebabkan terlalu aktif n tak reti duduk diam berminat nak tarik gak kabel PS2
akhirnya jadi tragedi huahuahuahu
PS2 jatuh atas tangan n nangis minta tulun mummy huahuahuahua


Nama : Muhamad Rayyan Irfan B Mohd Rizal
Age : 6m+

nak join, bleh klik SINI

tarikh tutup 31.3.2010

Friday, April 16, 2010

Ya Allah sembuhkan lah...ringankn lah beban mereka yg meminta padaMu

kawan-kawan..
mari kita sedekahkan al-fatihah dan doa
semoga anak ini dpanjangkan umur
dan sembuh dari penderitaannya..
semoga dia membesar tanpa ada sebarang kekurangan hendaknya..

"Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian"


ikuti cerita dibawah....

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya.

Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat,baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.

Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Saturday, March 27, 2010

Rayyan : Aksi lincah...jgn tiru aksi ini hihhi

Rayyan 6m+ ini la aksi hero ku...sungguh lincah n nakal..jom layan pic step by step sebelum cecah ke lantai wakakakaka...sabo jer laa ( mummy sempat snap pic lagi tuh)
Step1: Pura2 baikkk...kaki dah bertepukk tanda akal sedang
 berjalan... plan kan something
 
Step2: Kaki sudah tendang menendang...tp masih ukir senyuman..
konon3 nak goda mummy soh angkat dari carrier nih
(mummy tak tergoda)
 
Step 3: yeay!!!! berjaya hayun badan tujuan nak
turun sendiri dari carrier nih..sambil angkat tangan yeay!!
tanda berjaya...50%
 
Step 4 : Alamakkkkk!! mummy tulun2 dah salah landing nih....
posisi tak berapa stabil...tulun3 angkat rayyan mummy...plssss
(tp mummy tetap tak layan)
 
Step 5 : Yg Penamat...waakak akhirnya ini la jadi pada
diri ku...terlangkup ngaa cover carrier nih...tp kaki mmg
berjaya cecah lantai...tp dah tak nampakkk lak
ishhhh benda ni pun nak tutup muka aku pasai pa tak tau
aissshhhhhhhhhhhhhhhhh...
yeay!!! mummy rayyan dah berjaya turun cari carrier wakakakak
 
Mummy: walau pun aksi sungguh lincah..tp mummy bg tumbs up laa..
sbb usaha sendiri tanpa putus asa walau pu ada skit kegagalan terselit kat
ending of the story....wakakakak
lebui much Rayyan

 

Rayyan 6bulan+

Rayyan: Kena dera ngan mummy...dipaksa pakai headphone wkaka


Rayyan: Penat menangis last2 tido la yg terbaekkkkkkkkkk

Rayyan: Suka Jelir lidah tau...mummy cut baru tau aisshhh


Rayyan: Bila good mood version

LOVE U MUCH

Rayyan Mummy dah tumbuh gg....

~Pic Rayyan Irfan ngan gg sebatag yg comeyyyy~

HUmmmm wah sungguh kelamaan tak mengupdate blog neh....mlas nak type pepanjang di pendek kan cerita...
hari khamis bersamaan dengan 25/03/2010 sambil lepaking di luar umah...ter"detect" yg rayyan dah ada gg
patut laa kebelakangan ni banyak ngat ragam nyer...rupa2 nya nak tumbuh gg...hurmmm pas ni jgn geget mummy lak tau...t tak mau bg rayyan susu wakakakakaka apa2 pun mummy rasa teruja ngat sbb rayyan dah jadi big boy skrng...syukur ngat makin sehat dan bijak mcm3 dah pusing kepala mummy nih wakakaka....

Saturday, February 27, 2010

Rayyan 5m+

Aksi kusyuk menonton tv...tah cita per time nih...kui3..sabar jer laa
sehinggakan tak peduli mummy ngah snap pic...
selalu mmg tak leh nengok camera
mesti nak jer pegang or "stone" jerk...
tp ni mayb cita ni besh ngat kot
so tak leh lepas kan peluang untuk menonton...
peduli kan mummy wakakakak